Khamis, 9 Oktober 2008

Testimoni Sendiri

Saya ingin berkongsi sedikit tentang keberkesanan air ECPI dan juga pelengkapnya yakni GTH yang saya sendiri alami semasa bulan puasa yang lepas.

Saya dapati air ECPI dan GTH ini amat berkesan dalam merawat demam selsema yang saya hidapi. Selalunya bila saya kena “flu” ini, demamnya akan bertahan selama 2 hari sementara batuk dan selsemanya akan berlarutan selama beberapa minggu. Itu pun dengan penggunaan ubat – ubat yang telah diberi oleh doktor.

Pada kali ini pula saya melakukan eksperimen yang mana saya tidak pergi berjumpa doktor sebaliknya saya hanya menggunakan air ECPI dan GTH sebagai ubat.

Saya memastikan yang saya meminum sebanyak 2 – 3 liter air ECPI bersama beberapa titik GTH dalam masa 24 jam apabila symptom demam selsema mula kelihatan seperti sakit tekak, selsema dan batuk. Saya juga memastikan bahawa saya berehat secukupnya bagi memastikan keseimbangan badan itu lebih mudah diperolehi.

Hasil yang diperolehi adalah amat memberangsangkan. Saya dapati bahawa saya berjaya menghalang symptom demam selsema itu dari melarat malah demam pun tidak. Batuk dan selsema yang selalunya didapati dari flu juga berkurang dengan mendadak. Juga tidak terdapat rasa sakit sendi atau pun lemah tubuh badan yang selalunya dirasai oleh penghidap demam selsema.

Saya sihat sepenuhnya dalam masa kurang dari 2 hari selepas dari mulanya saya mengambil GTH dan air ECPI. Jauh lebih cepat daripada ubat doktor. Tambahan pula ianya dicapai tanpa sebarang penggunaan dadah / ubat dari doktor.

Tiada ulasan: