Jumaat, 19 September 2008

Air ECPI mahal?

Air ECPI mahal?

Memang, sekali tengok pada harga RM8.00 sebotol (1.5 liter) tambahan pula dibandingkan dengan air mineral biasa yang dijual pada RM2.50 harga air ECPI ini nampak mahal.

Kita perlu ingat air ECPI ini bukanlah air sebarangan. Air mineral biasa hanya berfungsi cuma sebagai penghilang dahaga dan itu pun belum tentu is benar- benar menghilangkan dahaga pada peringkat sel – sel. Ada kemungkinan air yang kita minum itu akan hanya pergi ke beberapa organ badan sahaja dan mengakibatkan ketidak seimbangan kandungan air di dalam badan. Ketidakseimbangan ini lah yang akan menyebabkan penyakit yang ada di dalam badan kita akan kekal atau bertambah berat.

Air ECPI telah diformulasikan supaya ianya lebih halus dari sebahagian besar air – air lain yang ada dalam pasaran. Saiznya sebesar 4 nano meter atau 2500 kali ganda lebih kecil dari saiz sel darah dan juga telah distrukturkan bentuk diamond (diamond clustered) yang membolehkannya dengan mudah menembusi dinding kesemua jenis sel yang ada di dalam badan.

Apabila air dengan mudah memasuki sel badan, sel – sel badan akan lebih mudah untuk menyah toksik dan mengekalkan keseimbangannya. Keseimbangan ini juga akan meransang pertumbuhan sel – sel badan secara sihat dan memperkuatkan system imun dan ketahanan badan.

Selain daripada keadaannya yang halus lagi suci, air ECPI juga telah melalui proses ozon dan peningkatan kandungan oksigen sebanyak 20% lagi tinggi berbanding air biasa. Ia juga beralkali yang boleh menurunkan kadar keasidan dalam badan yang dikenal pasti menyumbang kepada terjadinya penyakit didalam badan kita.

Akhir sekali, air ECPI juga telah diionkan bagi menolong dalam mengelak proses oksidasi didalam badan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser.

Kebiasaannya khasiat atau jenis – jenis air yang terdapat dalam air ECPI ini dijual secara berasingan. Kalau lah kita membeli setiap satu air ini secara berasingan sudah tentu jumlah wang yang kita belanja adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan harga sebotol air ECPI. Misalnya, terdapat satu produk air yang mana kandungan oksigennya lebih tinggi daripada air – air lain dipasaran. Bila kita kepada teknologi yang telah digunakan untuk menghasilkan air tersebut, kita akan dapati cuma proses ozon dan penambahan oksigen dalam air telah digunakan. Tiada proses pengionan, diamond cluster, pangalkalian dan sebagainya. Paling penting, ia juga tidak dimasukkan tenaga 1732 jenis ubat dan khasiat kedalamnya. Harganya? RM4 untuk 350ml.

Kalau kita membeli 1.5 liter air tersebut, harga yang perlu dibayar adalah = 4 X 350 = 4 x RM4 = RM16. Iaitu 2 kali ganda harga sebotol air ECPI 1.5 liter. Harga lebih mahal tapi kurang kelebihan.

Jadi disini kita dapat lihat bahawa air ECPI ini tidaklah semahal seperti yang disangka. Kalau kita bandingkan proses – proses yang telah digunakan ke atas air ECPI ini dan juga teknologi yang telah digunakan kita akan simpulkan bahawa harga air ini sepatutnya lebih tinggi bukannya RM8 seperti yang dijual sekarang.

Isnin, 1 September 2008

Bagaimana anda boleh menguji kehebatan AIR ECPI?

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lihat sendiri kesan air ECPI terhadap tubuh badan anda. Antaranya ialah:

  1. Bagi yang mempunyai masalah kencing manis, buatlah ujian bacaan gula dalam darah selepas sejam meminum air ECPI. Insyaallah bacaan gula anda akan menurun
  2. Melihat sendiri perubahan pada sympotom penyakit selepas meminum air. ECPI membantu untuk mengembalikan keseimbangan badan.
  3. Lihat kadar tenaga (energy level) sepanjang masa anda mengambil air ECPI. Anda akan dapati anda akan lebih bertenaga sepanjang hari.
  4. Jikalau terdapat gangguan makhluk halus, sapu kepala pesakit atau berikan ia minum air ECPI disamping membaca doa atau ayat - ayat suci Al Quran / selawat.
  5. Letakkan rokok di atas botol ECPI selama 15 - 20 minit. Insyaallah anda akan merasa perbezaan pada rokok tersebut.
  6. Bandingkan keadaan tapak tangan anda selepas meminum air ECPI. Tapak tangan anda akan menjadi lebih kemerahan berbanding sebelum anda minum air ECPI.
  7. Cuba cuci muka anda dengan air ECPI. Anda akan dapati kulit anda akan nampak lebih berseri dengan mengamalkan basuhan dengan air ini.
  8. Perhatikan selera anda dan berat badan anda sepanjang penggunaan air ini. Insyaallah berat badan anda akan menjadi lebih terkawal dengan penggunaan secara konsisten.