Rabu, 15 Oktober 2008

Air ECPI - Anggun Persona yang mempersonakan.

Saya ingin bercerita sedikit tentang produk terbaru oleh Gesundheight Laboratories yang diberi nama Anggun Persona. Anggun Persona ini telah dibangunkan menggunakan teknologi yang sama seperti air ECPI adalah satu produk penjagaan kulit yang serba lengkap atau “all in one skin care product”. Ia adalah pencuci, toner, scrubber dan juga mosturiser. Ia juga adalah produk unisex yang mana ianya boleh digunakan oleh kaum lelaki dan juga wanita.

Cara penggunaan Anggun Persona ini dengan menitikkan beberapa titik Anggun Persona ke atas tapak tangan anda dan menyapu atau meratakan titisan Anggun Persona ini dimuka anda. Seelok – eloknya sapuan lengkap kesemua bahagian muka hendaklah dilakukan sebanyak 3 kali.

Dari pengamatan saya, kesan penggunaan Anggun Persona ini boleh dilihat serta merta. Saya dapati kulit saya kelihatan lebih halus dan berseri sejurus selepas selesai meratakan Anggun Persona ini ke muka saya.

Untuk memastikan bahawa apa yang saya nampak itu bukannya sangkaan saya semata – mata, saya juga telah menguji Anggun Persona ini ke atas kawan – kawan saya dikalangan kaum lelaki dan juga wanita. Kesemua penguji – penguji tersebut juga memberikan feedback yang sama seperti apa yang saya amati. Yakni mereka dapat melihat terdapat perbezaan keadaan kulit muka mereka selepas menggunakan Anggun Persona ini berbanding sebelumnya. Mereka mendapati kulit mereka berasa lebih halus dan nampak lebih berseri.

Seperti saya katakan sebelum ini, Anggun Persona ini telah dibangunkan menggunakan teknologi yang sama dengan air ECPI. Jikalau air ECPI ini mempunyai ribuan ubat – ubatan di dalamnya yang telah dimasukkan menggunakan teknologi hf, Anggun Persona juga mempuyai pelbagai tenaga ubat – ubatan di dalamnya. Anggun Persona ini bila bersentuh dengan kulit si pemakai, bukan hanya ianya akan merawat kulit si pemakai ia juga akan merawat organ – organ dalaman si pemakai.

Anggun Persona kini berada dalam tahap terakhir ujian dan akan di pasarkan tidak lama lagi. Bagi mereka yang berminat untuk mencuba, bolehlah menghubungi mana – mana agen ECPI yang berdekatan untuk mendapatkan Anggun Persona yang sedang dalam “market test run”. Untuk kesan maksima, gunakanlah Anggun Persona ini bersama air ECPI.

Tiada ulasan: